Rekod jualan saya adalah bukti nyata, bukan sekadar angka.
KERETA TELAH TERJUAL
0+
TAHUN PENGALAMAN
0+
BERPUAS HATI
0%
PINJAMAN LULUS
0%
Kenapa Pilih Honda Sebagai Kereta Baru Anda?
Honda bukan sekadar kereta. Ia adalah gabungan teknologi, gaya, dan nilai yang terbukti.
Teknologi i-VTEC & e:HEV Hybrid
Lebih jimat minyak, prestasi enjin yang mantap & mesra alam.
Ciri Keselamatan Berkelas Dunia
Dilengkapi teknologi bantuan pemanduan & ciri keselamatan terkini.
Nilai Jual Semula Tinggi
Honda terkenal dengan resale value yang stabil & menguntungkan.
Rekaan Moden & Premium
Semua model Honda hadir dengan design elegan & bergaya.
Ramai Nak Beli Kereta Baru… Tapi Selalu Tersangkut Di Tengah Jalan
Dilema ni memang biasa, tapi kalau salah langkah, boleh rugi masa, duit dan peluang.
Tak Tahu Model Sesuai
Ramai keliru nak pilih model ikut bajet dan gaya hidup. Bila tengok harga nampak mampu, tapi bila kira bulanan terus rasa berat nak teruskan.
Loan Bank Tak Lulus
Punca utama loan gagal ialah dokumen tak lengkap, komitmen tinggi atau cara mohon tidak betul. Akhirnya masa terbuang dan kereta tak jadi beli.
Tersalah Pilih Salesman
Dah bayar booking tapi lepas tu susah nak dapat update. Akhirnya pelanggan terpaksa tunggu lama dan rasa kecewa dengan servis.
Dokumen Tak Lengkap
Ramai tak tahu dokumen sebenar yang bank perlukan. Ada yang dah booking, tapi proses tergendala sebab syarat tak cukup jelas dari awal.
Keliru Beza Model
City, HR-V, Civic, nampak menarik, tapi tak semua sesuai dengan gaya hidup atau bajet. Tanpa panduan, mudah tersilap pilihan.
Proses Ambil Masa Lama
Dari booking hingga dapat kereta boleh ambil masa berbulan. Bila tak diuruskan dengan betul, semua proses jadi leceh & lambat.
Saya jumpa situasi macam ni hampir setiap hari. Sebab tu saya bantu pelanggan faham proses sebenar, supaya semuanya berjalan lancar dari mula hingga kereta sampai.
BASRI HONDA
Hai, Saya Basri, Sales Advisor Honda Berdaftar & Sedia Membantu Anda.
Sejak mula berkhidmat sebagai Sales Advisor Honda, saya dah bantu ramai pelanggan, dari anak muda yang beli kereta pertama, sampai keluarga yang nak upgrade ke SUV baru.
Dengan pengalaman lebih 15 Tahun dan lebih 800+ kereta Honda telah saya serahkan, saya tahu setiap pelanggan perlukan pendekatan berbeza, ikut bajet, gaya hidup dan matlamat kewangan masing-masing.
Saya percaya setiap pelanggan berhak dapat servis yang jujur, cepat dan mudah difahami, dari mula pilih model, urusan dokumentasi, urusan bank sampai lah kunci kereta diserahkan.
Konsultasi 1-to-1 Ikut Bajet
Saya bantu anda pilih model dan varian terbaik mengikut bajet sebenar supaya tak terbeban dengan ansuran bulanan.
Proses Loan Diuruskan Sepenuhnya
Tak perlu pening kepala. Saya bantu semak kelayakan, urus dokumen dan hantar terus ke bank bagi pihak anda.
Kiraan Bayaran Bulanan Jelas & Telus
Tiada caj tersembunyi. Semua kiraan akan saya tunjuk dengan jelas sebelum anda buat keputusan.
Update Setiap Langkah
Dari booking, status loan hingga kereta sampai, saya akan maklumkan setiap perkembangan melalui WhatsApp.
Free Gift & Rebat Eksklusif
Setiap pelanggan layak dapat hadiah khas & rebat istimewa bergantung pada model yang dibeli.
Servis Lepas Jualan (After-Sales)
Kalau ada apa-apa isu selepas kereta diserahkan, anda boleh terus hubungi saya, saya bantu sampai selesai.
Adakah Anda Termasuk Dalam Golongan Yang Sesuai Beli Kereta Baru Sekarang?
Kalau ya, inilah masa terbaik untuk miliki Honda, dengan bayaran bulanan fleksibel, interest yang rendah & proses yang jauh lebih mudah dari yang anda sangka.
Graduan Baru / Baru Bekerja Nak nampak lebih yakin & profesional pergi kerja? Honda City atau HR-V boleh jadi pilihan pertama yang stabil & jimat minyak.
Pasangan Baru Berkahwin Mulakan hidup baru dengan kereta yang selesa & luas. Sesuai untuk commuting berdua dan perjalanan balik kampung setiap bulan.
Keluarga Sedang Membesar Anak makin ramai, ruang makin sempit? Honda BR-V atau HR-V beri keselesaan & keselamatan tinggi untuk seisi keluarga.
Individu Upgrade Dari Kereta Lama Kalau kereta lama dah mula banyak ragam, inilah masa untuk naik taraf. Trade-in pun boleh bantu kurangkan deposit.
Pemandu E-Hailing / Freelancer Nak kereta jimat minyak, tahan lasak dan senang servis? Honda City & City Hatchback antara pilihan paling popular.
Usahawan / Eksekutif Yang Sibuk Untuk yang nak tampil kemas & berprestij depan pelanggan, Honda Civic atau Accord beri imej premium dengan pemanduan selesa.
Saya bantu anda dari mula sampai akhir, supaya anda boleh dapat kereta impian tanpa pening kepala.
Langkah 1 – Pilih Model & Bajet
Beritahu saya bajet dan jenis kereta yang anda minat. Saya akan bantu pilih model & varian terbaik ikut keperluan anda.
Langkah 2 – Semak Kelayakan & Dokumen
Saya semak kelayakan anda berdasarkan pendapatan & komitmen. Tak perlu risau, semua dokumen saya bantu sediakan & susun untuk bank.
Langkah 3 – Mohon & Lulus Loan Bank
Saya uruskan proses permohonan loan terus ke bank panel Honda. Anda akan terima update status dari saya setiap kali ada perkembangan.
Langkah 4 – Tandatangan & Terima Kereta Baharu
Bila loan dah lulus, anda tandatangan dokumen akhir dan terus terima kereta di showroom atau penghantaran terus ke rumah anda.
Ramai Dah Berjaya Miliki Honda Impian Mereka
Setiap gambar di bawah adalah pelanggan sebenar yang saya bantu, dari mereka yang dulu ragu, kini dah pun jadi pemilik bangga kereta Honda baharu.
Daripada ragu-ragu nak beli kereta, kini mereka dah tersenyum lebar dengan Honda baharu, dengar sendiri pengalaman sebenar mereka berurusan dengan saya.
Buat Booking Hari Ini & Nikmati Bonus Eksklusif Dari Saya
Setiap pelanggan yang buat pembelian melalui saya layak menerima bonus khas bernilai tinggi, tawaran ini hanya sah untuk tempahan hari ini sahaja.
Free Gift Premium Honda
Terima hadiah eksklusif Honda khas dari saya semasa hari serahan kereta.
Full Tank Petrol
Nikmati kereta baharu anda dengan tangki minyak penuh sebagai tanda penghargaan kepada anda.
Rebat & Diskaun
Dapatkan rebat istimewa dan diskaun bergantung pada model serta promosi semasa. Tawaran sangat terhad.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa deposit minima untuk beli kereta Honda?
Biasanya deposit minima bermula dari 10% daripada harga kereta. Tapi jika kelayakan anda tinggi dan skor pinjaman baik, ada kes di mana bank luluskan tanpa deposit (0 downpayment). Saya boleh bantu semak kelayakan secara percuma.
Berapa lama proses dari booking sampai dapat kereta?
Proses biasanya ambil masa antara 1 hingga 3 minggu, bergantung kepada model, warna dan kelulusan bank. Untuk model ready stock, saya boleh uruskan lebih cepat.
Kalau ada CCRIS atau CTOS, masih boleh apply loan ke?
Masih boleh. Saya akan bantu semak tahap rekod anda dulu dan cadangkan bank mana yang lebih fleksibel. Kadang-kadang masih boleh lulus jika komitmen lain terkawal.
Boleh trade-in kereta lama?
Ya, boleh. Saya akan bantu dapatkan anggaran nilai trade-in terbaik supaya boleh digunakan terus sebagai sebahagian deposit kereta baharu anda.
Macam mana cara nak tahu loan saya boleh lulus atau tak?
Saya boleh bantu buat semakan awal kelayakan (pre-approval). Tak perlu risau, semakan ni tak jejaskan skor kredit dan boleh tahu peluang lulus sebelum mohon loan sebenar.
Ada caj tersembunyi kalau urus dengan Sales Advisor?
Tiada langsung. Semua caj, rebat & diskaun diterangkan dengan telus. Anda akan tahu jumlah sebenar sebelum buat sebarang bayaran booking.
Masih ada soalan lain? Klik butang di bawah, saya jawab terus di WhatsApp.